Tuesday 14 March 2017

Sejarah perkembangan pengurusan pangkalan data

Sejarah Pangkalan Data


1.0 Generasi Pertama

  • Idea dicetuskan pada tahun 1960-an semasa projek pendaratan kapal angkasa Apollo di bulan.
  • Produk berasaskan struktur hierarki dikenali sebagai IMS (Information Management System) oleh IBM. Kini digunakan di Mainframe.
  • Pertengahan 1960-an General Electric perkenalkan IDS (Integrated Data Generasi Pertama DEC2213 Aplikasi Sistem Pangkalan Data 5
  • Pertengahan 1960 an, General Electric perkenalkan IDS (Integrated Data Store) yang merintis jalan sehingga terhasilnya pangkalan data berstruktur rangkaian.
  • Sistem berasaskan rangkaian dapat mengatasi masalah perwakilan perhubungan pangkalan data yang lebih rumit yang tidak dapat dimodelkan menggunakan struktur hierarki.
  • Ekoran dari itu, satu piawaian pangkalan data telah dibentuk melalui satu badan yang dikenali sebagai
  • CODASYL seterusnya menubuhkan satu jawatankuasa petugas yang dikenali sebagai DBTG (Data Base Task Group).
  • DBTG telah mengumumkan piawaian pangkalan data pada tahun 1971 yang mengusulkan penggunaan Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language) (DDL) dan Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation DEC2213 Aplikasi Sistem Pangkalan Data 6 Language) (DML)
  • DDL digunakan untuk menakrif struktur pangkalan data manakala DML digunakan untuk mengolah data dalam pangkalan data
  • Masalah pangkalan data generasi pertama ini ialah sokongan perkakasan dan perisian yang lemah. Perlu dibangunkan menggunakan bahasa COBOL dan PL/1
  • Aturcara yang panjang perlu ditulis untuk menjawab pertanyaan ekoran tiada bahasa pertanyaan berstruktur pada ketika itu.
2.0 Generasi Kedua
  • Berkembang pesat pada era 80-an dengan penghasilan Bahasa Pertanyaan Berstruktur (Structured Query Language) (SQL) sebagai bahasa pertanyaan piawai.
  • Kemunculan pangkalan data komersil seperti DB2, ADABAS, INGRES, Informix, ORACLE, dan Sybase. DEC2213 Aplikasi Sistem Pangkalan Data 7
  • Kebanyakan DB ini digunakan di kerangka utama dan komputer mini.
  • DB hubungan menghadapi masalah pemprosesan yang lambat kerana memerlukan sumber komponen yang lebih besar.
  • Struktur model hubungan yang berasaskan lajur dan baris tidak dapat dimanfaatkan disebabkan keterbatasan kuasa komputer.
  • Keadaan ini dapat diatasi bila komponen berkuasa tinggi diperkenalkan.
  • Perkembangan memberangsangkan apabila DB berasaskan komputer mikro diperkenalkan. Bermula dengan dBase II dikeluarkan oleh sykt Ashton-Tate dan dipaparkan sebagai DBMS hubungan pada 1979.
  • F Codd mengatakan bahawa dBase II bukanlah DBMS hubungan, tetapi produk yang lebih baru seperti dBase IV, Foxpro, Paradox dan lain-lain DEC2213 Aplikasi Sistem Pangkalan Data 8 adalah DBMS hubungan.
  • Kemasyhuran DBMS komponen Mikro menyebabkan beberapa produk yang dikhususkan untuk kerangka utama seperti ORACLE dan INGRES di keluarkan dalam versi komputer Mikro.
  • Dengan adanya sistem kendalian berasaskan tetingkap atau GUI, DBMS kini lebih ramah pengguna. Jadi ianya dapat memenuhi keperluan pengguna yang bukan terdiri dari pakar pangkalan data. Contoh DBMS seperti ini ialah Visual Foxpro, PowerBuilder, Microsoft Acces.
3.0 Generasi Ketiga
  • Perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi telah menyumbang kepada rangkaian setempat dan pemprosesan teragih secara meluas.
  • Pangkalan data multimedia dan internet juga telah menjadi sesuatu yang penting dan berguna dalam pembangunan aplikasi dalam talian (online).
  • Pemodelan data hubungan telah didokong oleh Model Perhubungan Entiti (Model E-R) yang diperkenalkan oleh Chen pada 1976.
  • Satu lagi perkembangan sistem pangkalan data ialah sistem Pangkalan data berasaskan objek (ODBMS) yang digunakan untuk menyimpan dan menyenggara struktur data daripada Pengaturcaraan Beorientasikan Objek.
  • Teknologi terkini pangkalan data juga ialah pangkalan data cerdas dan sistem pangkalan data multimedia dan pangkalan pengetahuan.
  • Lewat 80-an Pengaturcaraan berorientasikan objek telah mula digunakan.

No comments:

Post a Comment